DNA " LELAKI MISTERI" milik mayat gopala

DNA 'lelaki misteri 1' milik mayat Gopalan




SHAH ALAM - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) 'lelaki misteri 1' pada tali pinggang dan belakang kot yang dipakai Teoh Beng Hock rupa-rupanya milik mayat lelaki lain dan tiada kena mengena dengan kes kematiannya.

Ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong (gambar) yang memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam berkata, DNA terbabit sepadan dengan spesimen mayat M. Gopalan, 51, seorang lelaki yang dibedah siasat di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebelum mayat Beng Hock dibedah siasat.

Kata Lay Hong, keputusan itu diperoleh pada 28 Ogos lalu selepas ujian DNA dilakukan pada 18 Ogos ke atas DNA ketiga-tiga anak lelaki Gopalan. Turut diambil sampel ialah spesimen milik isteri Gopalan.

Beliau menjelaskan turut menjalankan ujian DNA terhadap satu lagi mayat iaitu R. Jeganathan, 28.

"Bagaimanapun, ujian DNA yang dilakukan terhadap empat sampel yang diperoleh daripada ibu, isteri dan dua anak lelaki mendiang Jeganathan pada 27 Ogos pula tidak menunjukkan perkaitan DNA itu dengan satu lagi DNA lelaki misteri yang dilaporkan sebelum ini," katanya di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas semasa menjawab soalan peguam mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan pada prosiding inkues yang masuk hari ke-26.

sumber dari kosmo

0 ulasan:

Post a Comment

binatang aneh

misteri kehilangan nelayan

kubah terbang dengan sediri

misteri kalimah allah

kalimah allah di batang pokok

Search This Blog