spesis hantu :
1. HANTU AIR- Semangat atau roh yang tinggal dalam air.
2. HANTU ANAK GUA BATU - Menghuni gua batu diseru oleh pawang perempuan di Utara Semenanjung.
3. HANTU APU - Hantu tikar yang tidak bahaya gemar kepada majlis keramaian.
4. HANTU BAJANG - Hantu belaan yang selalu mengganggu kanak-kanak menyerupai musang.
5. HANTU BALUNG BIDAI - Semangat jahat yang tinggal dalam air menyerupai tikar, menggulung mangsa dan melemaskan.
6. HANTU BANDAN - Semangat air terjun, kepalanya menyerupai kawah tembaga.
7. HANTU BANGKIT - Hantu kubur orang mati dibunuh.
8. HANTU BATU - Tergolong dalam hantu yang baling batu.
9. HANTU BELIAN - Semangat harimau, semangat belaan.
10.HANTU BERUK - Semangat beruk yang merasuk penari-penari.
11.HANTU GALAH - Sangat tinggi macam hantu tinggi.
12.HANTU GENGAL - Semangat hantu jahat yang menyebabkan bisu.
13.HANTU GOLEK - Hantu kubur yang bergerak dengan bergolek kerana badannya berbungkus.
14.HANTU GULUNG - Hantu air yang menggulunga mangsa.
15.HANTU GUNUNG - Semangat yang menghuani gunung ganang.
16.HANTU BULU - Semangat yang diseru oleh pawang.
17.HANTU HANTUAN - Semangat yang berkaitan dengan hutan.
18.HANTU HARIMAU/KERAMAT- Semangat yang menjaga tapak-tapak keramat.
19.HANTU HITAM - Hantu yang berasal dari kalangan hindu.
20.HANTU HUTAN - Semangat hutan yang dianggap hantu tertua dikenali hantu rimba.
21.HANTU JAMUAN - Hantu limunan yang mesti dijemput pada jamuan jika tidak akan mengganggu majlis.
22.HANTU JEMBALANG - Semangat yang lazimnya dikaitkan dengan tanah setiap kali tanah diganggu persembahan mesti disediakan.
23.HANTU JERAMBANG - Semangat jahat yang muncul ditengah-tengah laut dan melekap ditiang layar kapal.
24.HANTU KUANG - Mata 100, serupa burung kuang di seru oleh pawang.
25.HANTU KUBUR - Hidup dekat kubur, menyerang manusia pada waktu malam.
26.HANTU KUDA - Semangat kuda yang merasuk penari kuda kepang.
27.HANTU LANGSUIR - menghisap darah manusia, asal dari perempuan mati bersalin atau terkejut anak yang lahir mati.
28.HANTU LANGUT/LONGGAK - Hantu pemburu yang berkepala anjing berbadan manusia.
29.HANTU LAUT - Semangat laut juga dikenali hantu raya.
30.HANTU LEMBONG - Semangat yang menghuni bonjol pada pokok tualang.
31.HANTU LEMONG - Semangat yang tinggal diantara langit dan bumi yang bergerak pada waktu malam.
32.HANTU LUBANG - Semangat yang tinggal dalam lubang besar atau batu besar.
33.MAMBANG - Semangat kuno yang berasal dari Indonesia.
34.HANTU BISA - Hantu jahat yang dikaitkan dengan keracunan darah.
35.HANTU BUJANG - Hantu sembelih muda, belaan pawing perempuan di selatan Thai.
36.HANTU BUNGKUS - Hantu kubur, menyerupai kain kapan mayat ketika mengganggu mangsanya.
37.HANTU BUNYI-BUNYIAN - Hantu halimunan, tidak boleh di dengar, menyesatkan orang di dalam hutan .
38.HANTU BUTA - Menyebabkan buta. Tergolong dalam hantu bawa penyakit.
39.HANTU CIKA - Menyebabkan kembung malam dan hantu yang bawa penyakit.
40.HANTU DAGUK - Menyerupai awan berbentuk aneh, hantu orng yang mati dibunuh.
41.HANTU DAPUR - Seorang perempuan tua jika meragam akan menghidupkan bara api yang sudah lama padam.
42.HANTU DENAI - Hantu syaitan, laluan binatang buas dan berkait rapat dengan hutan.
43.HANTU DOMAN - Semangat jelmaan hanuman, dewa monyet, tidak menyerupai monyet tetapi manusia berkepala kuda atau anjing.
44.HANTU GAHARU - Semangat yang kuat dan merbahaya yang menjaga kayu gaharu.
45.HANTU ORANG MATI DIBUNUH- Hantu yang mati dibunuh yang menuntut bela.
46.HANTU ORANG/JEMBALANG - Hantu dalam bentuk orang bertopi merah bersandar pada tongkat makan tanah asal orang mati.
47.HANTU PUSAKA - Semangat keturunan berkaitan dengan pawang.
48.HANTU PUTERI - Menyerupai gadis cantik yang menggoda jantan atau lelaki yang selalu membuat maksiat atau berzina, sehingga sesat jauh kedalam hutan.
49.HANTU RAYA - Hantu yang besar, semangat utara yang sangat kuat, dikaitkan dengan batu, laut, tanah, hutan serta pemburu.
50.HANTU RIBUT - Semangat hutan belantara yang menggangu orang yang mengembara seorang diri.
51.HANTU SAWAN - Menyebabkan sawan kepada budak-budak kecil.
52.HANTU SONGKEI - Semangat yang membuka jerat atau perangkap bagi melepaskan binatang, dipercayai cucu hantu pemburu.
53.HANTU TANAH - Semangat tanah hampir sama dengan spesis jembalang tanah.
54.HANTU TENGGELUNG - Hantu yang tanpa kepala berasal dari Kedah, sama dengan spesis penanggalan.
55.HANTU TIGA BERANAK - Keluarga tiga beranak yang jahat, yang bertukar menjadi hantu setelah disumpah oleh guru mereka.
56.HANTU PANCUR - Semangat yang tinggal di anak sungai terutama di air terjun.
57.HANTU PEKAK - Menyebabkan pekak dan golongan bawa penyakit.
58.HANTU PELAK - Hantu yang berdendam menuntut bela, menghantui tempat jenayah berlaku.
59.HANTU PELESIT - Hantu belaan disimpan oleh perempuan, digunakan untuk tujuan jahat, makan nasi, telur dan darah dari jari tuannya
60.HANTU PEMBURU - Dikaitkan dengan asal manusia di Sumatera.
61.HANTU PENANGGALAN - Hantu betina penghisap darah.
62.HANTU PENYAKIT - Tergolong dalam hantu yang bawa penyakit.
63.HANTU PERBUATAN - Dicipta untuk menyakiti musuh.
64.HANTU POLONG - Hantu belaan yang dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh, makan darah dari jari tuannya.
65.HANTU PONTIANAK - Menghisap darah, dipercayai anak yang mati lahir dari langsuir.
66.HANTU PUAKA - Semangat yang sering datang sewaktu fenomena alam.
67.HANTU KOPEK -Merupakan perempuan tua yang besar dengan tetek labuh yang digunakan untuk menyerang mangsa.
68.HANTU KOCONG - Juga dikenali hantu kelubung yang menunggu mangsa di tanah perkuburan.
69.HANTU KETUMBUHAN - Membawa penyakit cacar, daripada golongan hantu pembawa penyakit.
70.HANTU KERTAU - Semangat jahat yang sangat merbahaya waktu kelahiran bayi, dikatakan mempunyai kepala b a b i hutan dan bertanduk rusa.
71.HANTU KERAMAT - Hantu warak dianggap baik dan memberi kuasa baik.
72.HANTU KEMBUNG - Menyebabkan sakit perut dan kembung, tergolong dalam hantu pembawa penyakit.
73.HANTU KEMANG - Semangat betina penghuni tanah yang merasuk bayi yang baru lahir, kemamang dalam bahasa jawa bermaksud bebola api.
74.HANTU KAYUNG - Hantu sungai, mungkin dari perkataan kayuh.
75.HANTU JERANGKUNG - Hantu tulang rangka merupakan hantu yang mati dibunuh.
76.HANTU JINJANG - Hantu belaan pawang, yang bermaksud dalam bahasa jawa lama iaitu semangat.
77.HANTU KANGKANG - Hantu jantan, sejawat hantu kopek, ia mengunakan alat sulit ketika menyerang mangsa.
78.TO' KUKU PANJANG - Nama lain hantu pemburu.
79.HANTU URI - Semangat jahat uri, boleh timbulkan kesulitan selepas bersalin (jenis hantu penyakit).
80.HANTU WEWER - Hantu limunan yang menyesatkan pengembara; wewe bererti perempuan tua yang hodoh dalam bahasa jawa.
81.JIN - Semangat bebas (bukan dari orang mati) berasal daripada bahasa arab djinn. Subketegori: jin hitam, jin putih, jin Islam, jin kafir.
83.MAMBANG KUNING - Semangat kuning waktu matahari terbenam yang membawa demam kuning dan sangat merbahaya kepada kanak-kanak.
Boleh diseru oleh pawang.
84.MAMBANG PUTIH - Semangat putih matahari.
85.MAMBANG TALI ARUS - Semangat arus air (hampir menyerupai Hantu Air)
86.PENUNGGU - Semangat penjaga sesuatu tempat. Hampir sama dengan puaka.
87.RAJA HANTU - Semangat yang dikaitkan dengan hantu pemburu.
88.TOYOL - Semangat yang mencuri untuk tuannya.
89.ZAR - Semangat yang kurang penting tetapi nakal.
90.HANTU ORANG MINYAK - semangat jahat yang digunakan oleh seseorang untuk tujuan hidup dengqan lebih lama dan menjadi kebal.
miskiah, di Julai 2nd, 2007 pada 3:02 pm Kata: Edit Comment