Misteri kehilangan wang

RM25,000 lesap dalam laci berkunci


ROHANI menunjukkan laci yang berkunci tetapi boleh dibuka di kedainya di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga Pasar Payang di sini hanya mengetahui kunci laci tempat simpanan wang dan barang kemasnya selama ini boleh dibuka dengan mudah selepas beg tangannya lesap kelmarin.

Namun, dia agak terlambat mengetahui perkara tersebut kerana wang tunai sebanyak RM13,000 termasuk barang kemas bernilai kira-kira RM12,000 di dalam beg tangannya sudah menjadi habuan pencuri.

Kejadian disedari mangsa, Rohani Salleh, 40, selepas dua minit dia meninggalkan dua pembantu di kedai kerongsang miliknya di Pasar Besar Kedai Payang untuk membeli air di kedai yang terletak tidak jauh dari situ kira-kira pukul 3.30 petang.

"Selepas balik semula ke kedai, saya terkejut apabila nampak laci yang dikunci itu terbuka dan beg tangan yang diletakkan di situ hilang," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, seorang pembantu yang berada tidak jauh dari laci berkenaan sepanjang dia meninggalkan kedai tersebut memberitahu dia leka melayan pelanggan dan tidak sedar ada orang masuk membuka laci itu.

sumber~kosmo

0 ulasan:

Post a Comment

binatang aneh

misteri kehilangan nelayan

kubah terbang dengan sediri

misteri kalimah allah

kalimah allah di batang pokok

Search This Blog