MISTERI HANTU RAYA
Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma kesahihan mentera ini tidak dapat dibuktikan sama ada betul-betul terjadi atau tidak. DILARANG PRAKTIKKAN SAMA SEKALI.
mungkin kita pernah mendengar mentera ini di dalam sebuah filem di tanahair "Histeria'.
mentera di atas adalah kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan "khadam", dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.
Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu "berkhidmat" untuknya.
Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.
Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku. Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.
Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah Mentera di atas digunakan untuk Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali.
Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai "panggilan" atau "pemujaan". Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama "HANTU RAYA" adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur'an.
apa itu hantu raya? saya definisikan sedikit mengenai hantu raya ini.
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
kenapa dan mengapa orang melayu seperti kita ingin memiliki hantu raya?
tak perlu kata orang melayu sahajalah. bangsa lain juga pemalas bukan? untuk mengatasi rasa malas itu, ada sesetengah orang mengambil jalan mudah. mereka bela hantu raya. sebab apa? hantu raya ini boleh melakukan kerja yang dilakukan oleh empat atau lima orang dengan mudah dan tak penat. jadi dengan adanya hantu raya ini tugas dapat dijalankan dengan mudah. yang keduannya adalah untuk mempertahankan diri dan keluarga. dengan adanya hantu raya pada tubuh badan mereka, mereka lebih kuat untuk mempertahankan diri dan keluar. hantu raya ini menjelma dalam tubuh manusia. jadi mudah untuk membelanya sebab tiada orang akan syak apa-apa. sebab dia tiada rupa dan bentuk. dan satu lagi sebab utama orang suka membela hantu raya ini adalah untuk berniat jahat. mereka boleh membalas dendam atau membinasakan orang yang yang dibenci dengan mudah dan pantas.
tetapi ada juga kelemahan-kelemahan apabila membela hantu raya ini
Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.
sebelum saya tamatkan penulisan mengenai hantu raya ini. saya sertakan cerita-cerita mengenai hantu raya ini.
KOTA BHARU, KELANTAN: SUDAH menjadi dasar makhluk halus suka menyakat manusia yang lemah dengan menjelmakan dirinya dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bagi yang lemah semangatnya terlalu mudah diperdayakan oleh makhluk ini.
Penulis berkesempatan menemubual seorang pesara tentera, Idris Ibrahim, 72, atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh mengenai pengalaman misterinya. Beliau ditemui di rumahnya di Lorong Che Majid, Wakaf Siku dekat sini dan Pak Yeh merupakan penduduk paling tua di kampung tersebut.
Menurut Pak Yeh, kampung berkenaan pada suatu ketika dahulu dipenuhi hutan dan semak-samun dan hanya beberapa buah rumah sahaja dibina di situ.
Pengalaman misteri yang dialami bermula ketika beliau pulang bercuti sebagai anggota tentera dari Askar Melayu Diraja Malaysia yang beribu pejabat di Depoh, Port Dickson, Negeri Sembilan pada tahun 1953. Kesempatan bercuti digunakan sepenuhnya dengan pulang ke kampungnya.
Pada suatu malam kira-kira jam 12.00 tengah malam, satu peristiwa misteri telah dialami oleh ‘Inspector Guard’ dari sebuah kampung berhampiran apabila keretanya mengalami kerosakan dan menunda keretanya ke sebuah lorong untuk dibaiki. Ketika sedang membaiki keretanya, dia telah terpandang pada satu lembaga seperti manusia yang menyerupai wajah Pak Yeh, sedangkan Pak Yeh tidak ada di kampung itu.
Hendak dijadikan cerita, pada hari yang sama Pak Yeh baru memulakan cutinya tiba di kampung berkenaan kira-kira jam 2.00 pagi telah melalui jalan di mana Inspector Guard itu sedang membaiki keretanya dan sempat menyapanya dengan menyatakan dia baru sahaja pulang.
Beliau meneruskan perjalanannya di celah-celah lorong sempit yang dipenuhi semak-samun dan kegelapan malam seorang diri. Namun, setibanya beliau berhampiran pohon kecupu (pokok buah asam yang menjadi kegemaran masyarakat Kelantan untuk dijadikan sambal asam atau jeruk) diikuti pokok durian yang tumbuh subur, dengan tiba-tiba sahaja bulu romanya naik menegak seperti ada sesuatu yang tidak kena. Apa yang dialaminya ketika itu belum pernah dirasainya sebelum ini.
Ketika meneruskan perjalanan dan hampir tiba di anak tangga rumahnya, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan satu bunyi tembakan yang bertalu-talu ke arahnya. Sangkanya Inspector Guard cuba menembaknya kerana ingin membalas dendam akibat diganggu oleh lembaga yang menyerupai wajahnya, namun sangkaannya meleset.
Apabila diamati, tidak pula kelihatan sesiapa pun di kawasan itu. Dan apabila beliau terpandang ke arah pokok kecupu tersebut, amat percikan api dan bunyi tembakan seperti senjata tentera dari arah pokok tersebut.
Cepat-cepat dia melangkah anak tangga rumahnya dan sekali lagi telinganya menangkap satu bunyi iaitu bunyi seperti ada pokok yang tumbang. Dan ketika itu juga terdetik di hatinya siapakah pula yang menebang pokok tengah-tengah malam begini.
Dalam keadaan yang takut, beliau mengejutkan atuknya untuk memberitahu apa yang berlaku. Dan menurut atuknya apa yang berlaku itu adalah perbuatan ‘hantu raya’ yang suka menyakat orang yang lalu lalang di kawasan itu.
Pada malam berikutnya, sekali lagi Pak Yeh bertembung dengan hantu raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah ketika hampir masuk waktu Maghrib. Semasa melalui lorong yang sering dilaluinya, dari jauh dia dapat melihat dengan jelas kelibat manusia seperti sedang mencari seseorang di hadapan rumahnya.
Apabila tiba di rumah, adiknya memberitahu bahawa dia nampak lembaga yang saling tak tumpah seperti dirinya sedang mundar-mandir di halaman rumah. Adiknya hairan mengapa abangnya enggan naik ke rumah sedangkan hari sudah menjelang malam. Rupa-rupanya apa yang dilihatnya tadi adalah hantu raya yang menjelma menyerupai dirinya.
Menurut Pak Yeh, kadangkala hantu raya itu dilihatnya seperti seekor beruk besar sedang berkeliaran di lorong tersebut. Namun, apabila dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran, makhluk itu terus ghaib.
Apabila ditanya adakah penduduk kampung disakat oleh hantu raya tersebut, Pak Yeh menyatakan penduduk kampung kebanyakannya tidak mengetahui bahawa apa yang dilihat oleh mereka selama ini adalah jelmaan hantu raya. Mereka menyangkakan apa yang mereka lihat ialah pencuri dan kerana itu, mereka telah mengadakan kepungan bagi menangkap pencuri tersebut, tetapi apabila pencuri tersebut berjaya diperangkap, ianya ghaib begitu sahaja.
Selepas beliau menerangkan bahawa pencuri yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah hantu raya yang telah beberapa kali ditemui, barulah penduduk kampung percaya dan mulai takut. Tambahan pula mereka melihat dengan mata sendiri bagaimana pencuri yang ditangkap ghaib begitu sahaja.
Menurut Pak Yeh lagi, hantu raya tersebut adalah sebenarnya dipelihara oleh seorang tua di kampung itu untuk tujuan mengawal rumahnya dari gangguan pencuri, menjaga tanah dan kampung itu dari diceroboh orang luar. Malah kadang-kadang katanya, hantu raya itu menyamar seperti wajah sebenar tuannya untuk memberikan gambaran bahawa tuannya ada di rumah pada ketika itu sedangkan tuannya tidak ada.
Namun segala yang berlaku itu telah lama berlalu. Kini kisah tersebut telah terpadam apabila hantu raya tersebut telah dihantar jauh dari daerah itu oleh seorang bomoh. Hari ini, telah banyak didirikan rumah-rumah kediaman dan didiami ramai keluarga di situ. Pohon kecupu dan pokok durian yang menjadi tempat hantu raya bertenggek juga telah ditebang setelah kawasan itu dibangunkan
dan satu lagi cerita adalah:
pada suatu hari zaharah isteri kepada arman mendengar telefon berbunyi. lalu di angkatnya dan suami nya berkata "yangg, abang balik lambat malam ini, kalau yang mengantuk yang tidurlah dulu ya!" dengan nada yang sedikit kecewa. kebetulan pula hari ini malam jumaat kan "hurmm, baiklah abang." zaharah mematikan telefon.
jam sudah menunjukkan pukul 10 malam tetapi suaminya masih belum pulang. matanya juga sudah berat. dia akhirnya mematikan televesyen dan terus ke kamar tidur. belum sempat dia sampai ke pintu kamar tidurnya dia terdengar ada seseorang mengetuk pintu rumahnya. setelah di buka dilihat suaminya di muka pintu. dia menyambut suaminya dan terus ke kamar tidur. aktiviti suami isteri pun berlaku. setelah selesai adegan suami isteri itu. tiba-tiba zaharah terdengar lagi bunyi pintu diketuk. dia berasa pelik siapa lagi yang datang ke rumahnya malam-malam begini. tetapi dia pergi juga membuka pintu dengan hati yang penuh berdebar. tetapi dia tidak sangat berasa takut sebab suaminya ada bersama dengannya.
bila dia membuka pintu terlihat suami. "yang dah tidur ker? tak tunggu abang pun." zaharah menjawap dengan nada cemas dan takut "hah? bukan abang dah balik ker?" suaminya berasa pelik dan hairan "yangg mimpi laa tu. tengok tak tunggu abang tidur lagi" zaharah berasa cemas lalu berlari ke kamar tidur untuk kepastian. tetapi bila dia melihat ke kamar tidur di dapati tiada sesiapa pun. hatinya berdetap dan cemas. tetapi di diamkan. nak tanya takut suaminya marah.
persoalannya adalah siapa yang membela hantu raya ini? hantu raya ini tidak boleh menyerupai orang lain selain tuannya. adakah suaminya membela hantu raya? nak di tanya takut perang besar.
tiada yang lebih berkuasa daripada ALLAH S.W.T. dan kita sebagai muslim. jauhkanlah diri anda dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan syirik.
bacalah sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan dan bukannya untuk mempercayainya dan mengamalkannya.
3 ulasan:
betul ka ni???
Aku dh baca x dak pa pun
Apa kelemahan hantu raya
Post a Comment