Setiausaha' Susilo disamun, kena terajang


DI dalam bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur inilah Kiki akhirnya dipertemukan semula dengan anaknya semalam.


SHAH ALAM - Seorang ibu tunggal warga Indonesia yang menyamar sebagai Setiausaha kepada Presiden republik itu, Susilo Bambang Yudhoyono merasai pengalaman pahit ditipu oleh kenalan laman sembang Internet selepas disamun manakala anaknya diculik oleh tiga suspek warga Afrika semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Kiki dan berusia dalam lingkungan 30-an tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin atas jemputan kenalannya itu dengan membawa anak lelaki berusia 10 tahun.

Mereka disambut oleh tiga lelaki warga Afrika dan dibawa menaiki sebuah kereta sebelum berlaku pertengkaran yang berakhir dengan mangsa disamun, diterajang keluar dari kereta itu di tepi jalan di Kota Damansara manakala anak lelakinya dilarikan.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa mendakwa ketiga-tiga suspek bukan sahaja melarikan wang miliknya berjumlah AS$$900 (RM3,150), beberapa ratus ribu Rupiah serta komputer riba tetapi juga anaknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, polis bagaimanapun berjaya menemui semula anaknya yang dilihat berkeliaran di hadapan balai berlepas KLIA pukul 1.30 pagi semalam.

"Budak itu tidak dicederakan dan telah dibawa ke rumah suspek untuk selama beberapa jam sebelum dihantar ke KLIA dengan teksi,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Polis menyerahkan budak itu kepada ibunya dalam satu pertemuan di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, pihak kedutaan mengesahkan bahawa wanita itu bukanlah Setiausaha kepada Susilo sebaliknya seorang kakitangan kerajaan di sebuah jabatan di Jakarta.

Dia dan anaknya dihantar pulang ke Jakarta semalam

sumber~kosmo

0 ulasan:

Post a Comment

binatang aneh

misteri kehilangan nelayan

kubah terbang dengan sediri

misteri kalimah allah

kalimah allah di batang pokok

Search This Blog